5 Soalan Gigi Palsu Paling Popular

Berminat nak tahu tentang gigi palsu?
Disini kami kongsikan bersama anda soalan-soalan yang sering ditanya

Perlu ke pakai gigi palsu?
Gigi anda makin berkurangan? Tidak perlu tunggu untuk lebih banyak gigi tercabut. Tujuan gigi palsu adalah untuk menggantikan gigi di dalam rahang. Gigi palsu boleh membantu anda untuk membuat senyuman anda lebih menawan. Selain itu, ia dapat menyelesaikan masalah tidak selesa ketika menguyah makanan dan bercakap. Yang paling penting ia menjaga kesihatan anda dengan menyokong struktur pipi dan bibir.
Tahukah anda, struktur tulang rahang kita akan berubah apabila gigi kita semakin berkurangan disebabkan tiada gigi lagi yang mencukupi untuk menampung struktur tulang. Ini boleh menyebabkan otot muka mengendur dan rahang mudah rapuh.
Jawapannya adalah anda PERLU memakai gigi palsu untuk mengelakkan komplikasi dan kesakitan yang teruk dalam mulut anda.
Apa jadi kalau tak pakai gigi palsu?
Rupa: Bila banyak gigi hilang, otot muka boleh mengendur membuatkan wajah anda lebih tua.
Keyakinan diri: Profil wajah anda akan berubah, gigi yang sedia ada akan mula bergerak dan senyuman anda yang menawan akan mula hilang.
Keselesaan: Susah untuk menguyah makanan dan kebolehan anda untuk bercakap dengan jelas akan makin berkurangan.
Kesihatan: Tanpa sokongan gigi palsu, tulang rahang gigi anda akan lebih senang untuk menjadi rapuh dan boleh mengakibatkan kepatahan. Kesusahan untuk menguyah juga boleh menyebabkan radang pada gusi dan usus secara tidak langsung.


Apakah pilihan gigi palsu yang ada?
Terdapat pelbagai jenis gigi palsu yang ditawarkan diluar sana. Kebiasaannya, gigi palsu jenis Acrylic dan Flexible yang sering digunakan disebabkan harga yang mampu milik, ringan dan selesa.
Acrylic: Tapak yg sedikit keras & tidak boleh dilentur, jika terjatuh mudah patah, kurang melekat dan ada dawai besi serta memerlukan tapak yang besar. Namun, ia adalah pilihan paling murah dan boleh diubahsuai jika ada gigi yang patah lagi akan datang.
Flexible: Lebih lembut & mudah lentur, jika terjatuh jarang patah, lebih melekat & tiada dawai besi serta mempunyai tapak yang kecil. Namun, harga jenis Flexible adalah lebih mahal berbanding Acrylic. Selain itu, ia tidak boleh lagi diubahsuai selepas acuan dibuat.
Konsultasi bersama doktor gigi amat penting untuk membantu anda dalam memilih jenis gigi palsu mengikut keperluan, bentuk rahang dan kesesuaian bajet anda.
Berapa kos untuk memiliki gigi palsu?
Harga gigi palsu biasanya bergantung kepada jenis gigi palsu yang digunakan. Kebanyakan klinik gigi menawarkan harga yang berbeza-beza. Anda boleh mendapatkan harga yang rendah dan mampu milik dengan mencari klinik gigi yang membuat tawaran pakej yang menarik.
Harga gigi palsu bermula lebih kurang dari RM600 dan ke atas bergantung kepada kos tapak gigi palsu + kos berapa banyak batang gigi yang perlu digantikan + kos servis.
Anggaran kos mengikut jenis :-
Acrylic : RM700++ *
Flexible: RM900++*
Cobalt Chrome: RM 2500++* (bergantung kepada kondisi gigi)
Implant denture: RM 3000++* (bergantung kepada kondisi gigi)
Peringatan: *Semua harga dinyatakan adalah "harga bermula dari". Kos yang tepat hanya dapat dilakukan dengan membuat konsultasi bersama doktor gigi anda.


Macam mana rasa pakai gigi palsu?
Pada mulanya, anda akan berasa pelik, kurang selesa, longgar atau ketat di bahagian otot pipi dan lidah. Penghasilan air liur anda juga akan meningkat.
Setelah beberapa minggu, mulut anda akan terbiasa dengan kehadiran gigi palsu. Anda akan berasa lebih selesa untuk memakai dan mengeluarkannya.
Sudah semestinya keselesaan gigi palsu tidak dapat dibandingkan dengan gigi asli. Tetapi dengan memilih doktor gigi yang diiktiraf dan jenis gigi palsu yang sesuai boleh meningkatkan keselesaan anda ketika memakai gigi palsu.

Jika anda berminat untuk membuat GIGI PALSU dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran istimewa kami. Sila CALL atau WHATSAPP pada butang dibawah